FOTO AFP
SAO PAULO, 15 Januari - Brazil mula memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Ini meskipun tindakan tersebut mendapat bantahan daripada Presiden, Jair Bolsonaro.
Media tempatan melaporkan, Davi Seremramiwe Xavante kanak-kanak lelaki orang asli berusia lapan tahun menjadi individu pertama menerima suntikan berkenaan.
Lebih 20 juta kanak-kanak layak mendapat suntikan vaksin Pfizer/BioNTech, sekiranya dibenarkan ibu bapa mereka.
Program vaksinasi itu memberi keutamaan kepada masyarakat Orang Asli dan Kanak-Kanak yang mempunyai masalah kesihatan.
Menurut Kementerian Kesihatan Brazil, lebih 300 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dilaporkan maut akibat COVID-19 di Brazil.
Jumlah itu daripada 620,000 kematian direkodkan di negara berkenaan.