fb fb fb fb fb

Olivia Hussey, bintang Romeo and Juliet meninggal dunia pada usia 73 Tahun

Foto AFP

LOS ANGELES, 28 Disember – Olivia Hussey, pelakon ikonik yang dikenali sebagai Juliet remaja dalam filem Romeo and Juliet arahan Franco Zeffirelli pada tahun 1968, meninggal dunia pada usia 73 tahun, menurut keluarganya pada Jumaat.

“Olivia adalah seorang individu yang luar biasa, dengan kehangatan, kebijaksanaan, dan kebaikan tulus yang menyentuh kehidupan semua yang mengenalinya,” kata keluarganya dalam kenyataan yang disiarkan di Instagram.

Dilahirkan di Buenos Aires, Argentina, Hussey mula mencipta nama apabila berusia 15 tahun selepas membintangi filem adaptasi karya William Shakespeare bersama Leonard Whiting.

Lakonannya dalam filem tersebut membawa pulang anugerah Golden Globe kategori New Star of the Year.

Bagaimanapun, pada tahun 2023, Hussey dan Whiting memfailkan saman terhadap studio produksi filem tersebut atas dakwaan penderaan kanak-kanak berkaitan adegan kontroversi yang memaparkan mereka dalam keadaan separuh bogel ketika masih di bawah umur.

Kes itu kemudian ditolak oleh mahkamah pada tahun yang sama.

Selain Romeo and Juliet, Hussey turut membintangi filem seram Black Christmas (1974) serta adaptasi novel terkenal Agatha Christie, Death on the Nile (1978).

Mendiang meninggalkan suaminya, David Eisley, tiga orang anak, dan seorang cucu.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN