fb fb fb fb fb

Jerman adakan pilihan raya mengejut pada 23 Februari depan

Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier / Foto REUTERS

BERLIN, 28 Disember – Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier, membubarkan parlimen negara itu pada Jumaat untuk membuka jalan bagi pilihan raya mengejut pada 23 Februari susulan kejatuhan kerajaan campuran tiga parti pimpinan Canselor Olaf Scholz.

Beliau menegaskan bahawa masa sukar memerlukan kerajaan yang stabil dan mampu bertindak.

Justeru pilihan raya awal adalah langkah terbaik. Beliau turut menggesa kempen pilihan raya dijalankan secara adil dan telus.

Scholz, dari Parti Sosial Demokrat (SPD), akan menerajui kerajaan sementara selepas kehilangan undi keyakinan di parlimen berikutan penarikan diri parti Demokrat Bebas (FDP) daripada gabungan tersebut.

Pihak konservatif yang diketuai Friedrich Merz dilihat sebagai calon utama untuk menggantikan Scholz.

Berdasarkan tinjauan menunjukkan mereka mendahului SPD lebih 10 mata.

Parti sayap kanan, Alternatif untuk Jerman (AfD), pula sedikit mendahului SPD.

Namun, parti arus perdana menolak untuk bekerjasama dengan AfD, menjadikan pembentukan kerajaan baharu berpotensi tidak stabil.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD