PARIS, 28 Julai- Peninju Palestin, Waseem Abu Sal membawa mesej keamanan dengan memakai baju yang menggambarkan kanak-kanak dibom semasa pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024.
Abu Sal adalah salah seorang daripada dua pembawa bendera untuk delegasi Palestin di sepanjang Sungai Seine, Jumaat lalu.
Menurut Abu Sal, baju tersebut mewakili keadan terkini di Palestin.
"Ramai anak-anak yang syahid dan mati di bawah runtuhan..anak-anak yang ketiadaan ibu bapa dan ditinggalkan sendirian tanpa makanan dan minuman," kata Abu Sal kepada AFP.
Sementara itu, Presiden Jawatankuasa Olimpik Palestin, Jibril Rajoub berkata tindakan Abu Sal itu mematuhi Piagam Olimpik.
"Ia adalah mesej untuk menarik perhatian...ini adalah mesej antiperang, menentang pembunuhan," katanya.
Sekurang-kurangnya 39,258 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak telah terbunuh di Gaza sejak konflik Israel-Hamas bermula Oktober lalu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza. - AFP