fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan California meningkat dua kali ganda

Foto REUTERS

LYONSVILLE, 28 Julai- Ribuan anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran hutan di utara California pada Sabtu selepas ia meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh 24 jam.

Kebakaran itu telah membakar lebih 350,000 ekar hutan di ibu negeri Sacramento, kata Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California.

Menurut pihak berkuasa tempatan, ia telah memusnahkan sebanyak 134 bangunan.

Arahan dan amaran pemindahan telah dikeluarkan kepada penduduk di beberapa daerah.

Terdahulu, seorang lelaki ditahan kerana disyaki telah memulakan kebakaran tersebut.

Suspek dikatakan telah menolak sebuah kereta yang terbakar ke dalam hutan berkenaan sehingga menyebabkan ia merebak ke kawasan lain.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM