fb fb fb fb fb

"Olimpik Luar Bandar" India menyaksikan acara menarik motosikal menggunakan gigi dan telinga

PUNJAB, 5 Februari - Beratus-ratus rakyat India berani dan bersemangat menyertai acara sukan tradisional di "Olimpik Luar Bandar" utara India.

Pesta sukan itu, yang diadakan sejak tahun 1933 di Kila Raipur.

Acara itu tidak dapat diadakan sejak empat tahun lalu ekoran COVID-19 dan kerana tidak diberi kebenaran untuk melakasanakannya, bagaimanapun, selepas itu dibenarkan kembali.

Acara itu yang memaparkan lagak ngeri seperti mengangkat berat dengan telinga dan janggut menarik minat masyarakat seluruh dunia untuk ke utara India bagi menyaksikannya.

Penganjur berkata tujuan di sebalik temasya itu, bagi mengekalkan tradisi dan budaya Punjab dan sebagai memberi pengetahuan kepada golongan muda terhadap asal usul mereka.

 

(FOTO REUTERS)

Acara tiga hari itu bermula pada Jumaat dan akan berakhir hari ini. - REUTERS

Media Baharu