WASHINGTON, 5 Februari- Sebuah jet pejuang Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu menembak jatuh belon pengintip China di luar pantai Carolina Selatan, kata Pentagon.
Kapal itu menghabiskan beberapa hari berada di ruangan udara Amerika Utara, meningkatkan ketegangan antara Washington dan Beijing, sebelum ia ditembak dengan peluru berpandu daripada pesawat F-22, kata pegawai Pentagon.
Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin menyebut operasi itu dibuat sebagai tindak balas kepada "pelanggaran kedaulatan yang tidak boleh diterima."
Tentera berpeluang menurunkan belon itu pada Sabtu "dengan cara yang tidak menimbulkan ancaman kepada keselamatan rakyat Amerika," kata seorang pegawai kanan pertahanan kepada pemberita, sambil masih membenarkan pihak berkuasa mengutip serpihan yang jatuh dari perairan wilayah AS.
Dalam video yang disiarkan ke media sosial, belon itu kelihatan hancur dalam kepulan asap putih sebelum saki-bakinya jatuh ke dalam laut.
Pengguna Twitter Haley Walsh menghantar twit dia "mendengar dan merasakan letupan" di Myrtle Beach, sebuah bandar peranginan popular di South Carolina.
Presiden Joe Biden, pada Sabtu berjanji "untuk menjaga" belon itu, mengucapkan tahniah kepada juruterbang yang terlibat.
"Mereka berjaya menurunkannya (menembak) belon itu. Dan saya memuji tindakan juruterbang yang melakukannya," kata Biden kepada pemberita di Maryland.- AFP
(Joe Biden/AFP)