fb fb fb fb fb

China luah 'ketidakpuasan hati' tindakan AS

BEIJING, 5 Februari- Beijing pada Ahad mengecam keputusan Pentagon untuk menembak jatuh belon pengintip China yang didakwa berada di ruang udara Amerika Utara, menuduh Amerika Syarikat (AS) "bertindak keterlaluan dan melanggar amalan antarabangsa".

"China menyatakan rasa tidak puas hati terhadap penggunaan kekerasan oleh AS kerana menyerang belon udara tanpa pemandu itu," kata kementerian luar Beijing dalam satu kenyataan.

Pegawai Amerika mengesan "belon pengawasan" China di ruang udara AS pada Khamis.

Perkara itu menyebabkan Setiausaha Negara Antony Blinken membatalkan lawatan ke Beijing bagi membendung ketegangan AS-China yang semakin meningkat pada Jumaat.

Beijing mengakui "kapal udara" yang diterbangkan itu, namun ia adalah belon cuaca.

Kementerian Luar China pada Ahad berkata ia "meminta AS mengendalikan perkara itu dengan betul dengan tenang, profesional dan terkawal".

Beijing berkata, AS "berkeras untuk menggunakan kekerasan dan tindak balas berlebihan dan serius melanggar amalan antarabangsa".

"China dengan tegas akan melindungi hak dan kepentingan perusahaan yang berkaitan dan berhak untuk membuat tindak balas yang diperlukan," kata kementerian itu dalam kenyataannya.- AFP

(Foto diambil telefon bimbit oleh Haley Walsh di Myrtle Beach, South Carolina)

Media Baharu