fb fb fb fb fb

7 rakyat Haiti meninggal dunia sementara tunggu tinggalkan Peru - PBB

LIMA, 5 Februari- Tujuh pendatang Haiti meninggal dunia tahun ini di tanah tinggi Andes Peru kerana usaha mereka untuk menyeberang ke Bolivia telah dihalang oleh protes terhadap kerajaan Lima, kata agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu.

Enam kematian, termasuk kanak-kanak di bawah umur berlaku di bandar kecil Desaguadero, jurucakap agensi pelarian PBB di Peru, memberitahu AFP.

Kematian yang lain, berlaku di bandar Juli, juga berhampiran sempadan Bolivia.

Orang Haiti menjadi mangsa kerana akses sukar kepada makanan, tempat tinggal dan bekalan, dan suhu, pada ketinggian 3,800 meter.

Selain kematian, dua orang lagi dimasukkan ke hospital akibat radang paru-paru sejak Khamis, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, kata Bano Romero.

Beliau berkata kematian dan penyakit itu berlaku walaupun terdapat usaha penduduk tempatan untuk membantu.

Krisis politik di Peru telah menyukarkan kehidupan penduduk tempatan dan pendatang, menjadikannya sukar untuk mendapatkan asas seperti makanan dan bahan api, atau membayar sewa serta perkhidmatan lain, kata pegawai PBB itu.- AFP

(Logo PBB)

Media Baharu