fb fb fb fb fb

Kematian akibat kebakaran hutan di Chile meningkat kepada 23

CHILE, 5 Februari- Sekurang-kurangnya 23 orang maut dalam ratusan kebakaran hutan yang berlaku di selatan tengah Chile, kata seorang pegawai kanan kerajaan pada Sabtu.

“Kami bersedih dengan kematian 23 individu,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Manuel Monsalve, sambil menambah 979 individu turut cedera dalam kebakaran itu.

Monsalve berkata 232 kebakaran hutan masih aktif.

Kerajaan Presiden Gabriel Boric melanjutkan keadaan bencana meliputi wilayah selatan Araucania termasuk Nuble dan Biobio.

Tindakan itu membolehkan Boric menggerakkan tentera untuk membantu memadam kebakaran.

Suhu melonjak sehingga 40 darjah Celsius menghalang usaha untuk mengawal kebakaran, kerana api yang marak.

Boric berkata Argentina telah menawarkan untuk menghantar anggota bomba dan peralatan.

Selain itu Brazil, Uruguay, Mexico dan Sepanyol turut menawarkan bantuan, kata Menteri Dalam Negeri Carolina Toha.

"Kami menjadi salah sebuah negara yang paling terdedah kepada kebakaran, pada asasnya disebabkan oleh evolusi perubahan iklim," kata Toha.

Gelombang haba menimbulkan kebimbangan berulang pada 2017, apabila kebakaran besar berlaku di wilayah sama menyebabkan 11 orang maut dan memusnahkan 1,500 rumah.- AFP

(Orang ramai memadam kebakaran di Puren, wilayah Araucania/AFP)

Berita berkaitan: 
Angka kematian akibat kebakaran hutan di Chile meningkat kepada 16 orang

Media Baharu