fb fb fb fb fb

Bekas PM Mesir Sherif Ismail meninggal dunia

KAHERAH, 5 Februari- Bekas Perdana Menteri Mesir, Sherif Ismail meninggal dunia pada usia 67 tahun.

Ismail dilaporkan menghidap penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.

Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Mesir antara 2015 dan 2018.

Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai menteri petroleum dan sumber mineral dari 2013 hingga 2015.

(Bekas Perdana Menteri Mesir, Sherif Ismail / FOTO AFP)

Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi menzahirkan ‘kesedihan yang mendalam’ atas kematian Ismail. -AFP

Media Baharu