OSLO, 5 Mei- Majlis Pelarian Norway (NRC) mengecam rancangan Israel untuk mengambil alih pengagihan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tindakan berkenaan juga disifatkan sebagai bertentangan dengan prinsip asas kemanusiaan.
Ketua majlis tersebut, Jan Egeland berkata pihaknya tidak akan terlibat dengan sebarang tindakan yang melanggar prinsip kemanusiaan sejagat.
"Kami tidak boleh dan tidak akan melakukan sesuatu yang jelas bercanggah dengan prinsip kemanusiaan.
"Agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), semua kumpulan kemanusiaan antarabangsa dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) lain telah menyatakan penolakan terhadap idea ini yang datang dari kabinet serta tentera Israel," kata Egeland kepada AFP.- AFP