fb fb fb fb fb

Norway tempah 54 kereta kebal tentera dari Jerman

OSLO, 4 Februari - Norway membuat tempahan sebanyak 54 kereta kebal baharu 'Leopard II' buatan Jerman untuk tenteranya daripada Kumpulan Krauss-Maffei Wegmann, dan akan mendapat pilihan untuk membeli 18 kereta kebal lagi pada masa akan datang, kata kerajaan pada Jumaat.

"Kami akan memastikan, tentera kami mempunyai kereta kebal yang sama seperti jiran Nordic dan sekutu utama NATO," kata Perdana Menteri Jonas Gahr Stoere pada sidang akhbar.


(Kereta kebal Leopard II ketika menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius melawat kereta kebal Leopard II  / Foto Reuters)

“Ini mengukuhkan lagi hubungan negara kami dengan Jerman,” tambahnya.

Anggota NATO Nordic itu, yang berkongsi sempadan Artik sepanjang 196 km (122 batu) dengan Rusia, telah merancang untuk memilih sama ada kereta kebal Leopard II A7 buatan Jerman atau saingan K2 Black Panther keluaran Korea, dibuat oleh Hyundai Rotem (064350.KS) .

Norway pada asalnya merancang untuk memperoleh 72 kereta kebal, tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini , Kementerian Pertahanan negara tersebut membincangkan pembelian yang diperkecilkan selepas ketua pertahanan negara itu mengesyorkan untuk membelanjakan lebih banyak dana bagi aset seperti helikopter, dron dan artileri jarak jauh.- Reuters

Media Baharu