fb fb fb fb fb

Norway tempah 54 kereta kebal baharu buatan Jerman

(FOTO AFP)

OSLO, 4 Februari-  Norway akan menempah 54 kereta kebal baharu jenis Leopard 2 buatan Jerman baharu untuk tentera negara berkenaan dari syarikat Krauss-Maffei Wegmann.

Perdana Menteri, Jonas Gahr Stoere berkata, Norway juga diberi tawaran untuk menambah pembelian 18 lagi kereta kebal.

“Kami akan memastikan Norway mempunyai kereta kebal yang sama seperti negara jiran Nordik lain dan sekutu utama NATO.

“Ini secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi hubungan negara kami dengan Jerman,” katanya.

Norway yang berkongsi sempadan Artik sepanjang 196 kilometer (km) dengan Russia, sebelum ini merancang untuk membeli sama ada kereta kebal Leopard 2 A7 buatan Jerman atau K2 Black Panther yang dikeluarkan oleh Hyundai Rotem.


(Norway akan menempah 54 kereta kebal baharu jenis Leopard 2 buatan Jerman baharu untuk
tentera negara berkenaan dari syarikat Krauss-Maffei Wegmann/REUTERS)

Norway pada mulanya merancang untuk membeli sebanyak 72 kereta kebal, namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Kementerian Pertahanan berpandangan jumlah pembelian dikurangkan supaya lebih banyak dana dapat diperuntukkan untuk pembelian aset lain seperti helikopter, dron dan artileri jarak jauh. – REUTERS

Media Baharu