fb fb fb fb fb

Baham empat mangsa: Harimau Sumatera ditangkap

(FOTO HIASAN/REUTERS)

BANDA ACEH, 4 Februari- Seekor harimau Sumatera yang dipercayai menyerang dan mencederakan petani di wilayah barat Aceh, Indonesia, berjaya ditangkap pada Sabtu sejak diburu beberapa hari lalu.

Harimau berkenaan ditangkap selepas dua serangan berasingan mencederakan empat orang sepanjang minggu lalu.

Ia memasuki perangkap dipasang anggota jabatan pemuliharaan dalam hutan simpan di bandar Kluet Tengah di Selatan Aceh pada Sabtu.

Terdapat kesan beberapa kecederaan di badan harimau tersebut.

Salah seorang mangsa memberitahu tel

ah mencederakan harimau yang menyerangnya ketika mempertahankan diri.

Agensi Pemuliharaan Haiwan Aceh, Agus Rinto mengesahkan terdapat beberapa luka di badan haiwan itu termasuk di kaki, leher dan muka.

Pemburuan besar-besaran dilancarkan pada minggu lalu selepas empat penduduk tempatan diserang dalam kawasan hutan simpan di Kluet Tengah, menyebabkan salah seorang daripada magsa cedera parah.

Justeru, askar, pegawai pemuliharaan dan bomba dikerahkan memburu haiwan tersebut.


(Harimau Sumatera dianggap sebagai spesis terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan
Alam Semula Jadi dengan kurang daripada 400 ekor dipercayai kekal dalam habitat liar/AFP)

Beberapa hari kemudian, dua petani turut cedera parah akibat diserang.

Namun, pegawai perhilitan masih belum menentukan sama ada serangan itu dilakukan oleh harimau yang sama.

Harimau Sumatera dianggap sebagai spesis terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi dengan kurang daripada 400 ekor dipercayai kekal di alam liar.

Harimau Sumatera sering menjadi sasaran pemburu haram manakala penebangan hutan yang berleluasa telah mengurangkan jumlag haiwan berkenaan dengan ketara.

Rianto berkata, harimau yang ditangkap pada Sabtu akan menjalani rawatan perubatan dan akan dilepaskan ke taman negara berhampiran sebaik pulih. -AFP

Media Baharu