fb fb fb fb fb

Remaja maut diserang jerung di Australia

SYDNEY, 4 Februari- Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas diserang seekor jerung ketika berenang di sungai di Australia Barat.

Mangsa berasal dari Perth cedera parah apabila spesies jerung yang tidak diketahui menggigitnya di Sungai Swan di pinggir Perth di Fremantle, menurut kerajaan negeri dalam satu kenyataan.

Mangsa ditarik dari air tetapi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas usaha memulihkannya gagal, kata Pemangku Inspektor Polis Daerah Fremantle, Paul Robinson,

"Mangsa dikatakan bersama rakan ketika kejadian berlaku. Mereka menaiki jet ski.

"Dikatakan sekumpulan ikan lumba-lumba kelihatan berdekatan dan mangsa melompat ke dalam sungai untuk berenang berdekatan dengan ikan lumba-lumba itu," katanya pada sidang media.

Beliau turut menyifatkan ia sebagai kejadian yang sangat traumatik.

Pakar perikanan telah menasihatkan bahawa adalah luar biasa untuk jerung ditemui di bahagian perairan itu, katanya.


(FOTO HIASAN)

Pihak berkuasa tempatan memberi amaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati di Pantai Swan di Fremantle Utara dan mematuhi sebarang penutupan pantai.

Menurut pangkalan data yang dikendalikan oleh Taronga Conservation Society, serangan maut terakhir di perairan Australia direkodkan pada 1960 apabila seekor jerung berukuran dianggarkan 3.3 meter membunuh mangsa yang sedang melakukan selam skuba di Jambatan Roseville di sini.

Pada Februari tahun lalu, seorang pengajar selam Britain berusia 35 tahun, Simon Nellist, di di Pantai Little Bay Sydney, serangan seumpama itu pertama di bandar terbesar di negara itu sejak 1963.

Menurut Sports Australia, 4.5 juta warga Australia gemar melakukan aktiviti rekreASI pantai dan laut. -AFP

Media Baharu