(Foto Reuters)
RUSIA, 5 Februari- Seramai 63 tentera Rusia yang ditawan dibebaskan selepas satu sesi rundingan yang rumit bersama Ukraine.
Demikian menurut Kementerian Pertahanan Rusia, pada Sabtu.
Tawanan yang dibebaskan termasuk individu kategori 'sensitif' itu, hasil rundingan bersama Emiriah Arab Bersatu sebagai orang tengah.
Sementara itu, di pihak Kiev, Ketua Pejabat Presiden Ukraine, Andriy Yermak berkata seramai 116 anggota dibebaskan dengan dua daripadanya merupakan pegawai tentera.-REUTERS
(63 tentera Rusia yang ditawan dibebaskan selepas satu
sesi rundingan yang rumit bersama Ukraine/Foto Reuters)