fb fb fb fb fb

Nio akan mula jual EV di Eropah pada 2025

Bilik pameran pengeluar kenderaan elektrik pintar premium China NIO Inc. di Berlin, Jerman/ REUTERS

BEIJING, 22 Disember- Sebuah syarikat kereta di China, Nio akan melancarkan jenama kenderaan elektrik baharunya, Firefly di Eropah pada suku pertama 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Nio, William Li berkata syarikat itu akan bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan di Eropah dalam penjualan dan perkhidmatan Firefly di pasaran negara itu.

Nio memperkenalkan jenama Firefly pada Sabtu dan menyifatkan ia akan menjadi produk saingan kepada Mercedes's Smart dan BMW Mini.

Pada awalnya kewujudan Firefly adalah untuk meningkatkan bahagian pasarannya di Eropah tetapi Suruhanjaya Eropah pada Oktober mengenakan tarif ke atas EV buatan China yang lain yang dijual di Eropah.

Li berkata tarif itu "mempunyai" kesan kepada Firefly. "Sekiranya tiada tarif, ia pasti mempunyai peluang lebih baik dalam pasaran."

"Bagaimanapun Firefly sangat kompetitif kerana ia merupakan produk yang dibangunkan dengan teknologi EV pintar sebenar dan kajiannya mengambil masa selama sedekad. Kami yakin dengan daya saing produk ini."

Dalam pada itu Li berkata Nio akan mempercepatkan pembinaan stesen pertukaran bateri di Eropah dengan reka bentuk lebih ringkas bagi menjimatkan masa dan kos untuk pembinaan.

Stesen pertukaran bateri untuk kereta Firefly dijangka menelan kos satu pertiga lebih murah berbanding kereta berjenama Nio di Eropah.

Mereka juga sedang mencari rakan kongsi tempatan dalam pengembangan infrastruktur di rantau itu.

Kekurangan infrastruktur dalam EV merupakan halangan utama untuk pertumbuhan kenderaan itu di peringkat global. Ia menunjukkan kadar perlahan tahun ini.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI