fb fb fb fb fb

Nikki Haley tiada dalam radar Trump sebagai naib presiden

FOTO AFP

WASHINGTON, 12 Mei- Donald Trump tidak mempertimbangkan bekas pesaingnya daripada Parti Republikan Nikki Haley untuk jawatan naib presiden.

Taikun hartanah berusia 77 tahun itu, yang berharap untuk kembali ke White House, menimbulkan teka teki siapakah yang akan dipilihnya sebagai gandingannya dalam pilihan raya pada November.

Senator Tim Scott dan J.D. Vance serta ahli kongres New York, Elise Stefanik telah dinamakan sebagai calon yang paling berpotensi.

"Nikki Haley tidak dalam pertimbangan untuk slot naib presiden, tetapi saya doakan dia selamat!" Trump menulis di platform Truth Socialnya.

Sebelum ini, Trump dipetik pernah mengejek Haley dengan mengatakan bekas Gabenor South Carolina itu sebagai 'otak burung'.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE