fb fb fb fb fb

Genosid Israel di Gaza hampir cecah 35,000 kematian

Seorang penyelamat Palestin memeriksa mayat yang tersepit bawah runtuhan bangunan kediaman yang musnah dalam serangan Israel di Al-Zawayda di tengah Gaza, hari ini/AFP

GAZA 11 Mei- Angka kematian akibat pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Israel di wilayah Gaza semakin menghampiri 35,000 orang.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 34,971 orang telah terkorban menerusi data terkini yang dikeluarkan pihak itu hari ini.

Ia turut menyebut bahawa sekurang-kurangnya 28 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sementara itu, kira-kira 78,641 orang cedera di Gaza sejak perang meletus pada 7 Oktober tahun lepas. -AFP

SITI AISHAH MD ISA