fb fb fb fb fb

Penyokong pro-Palestin membanjiri jalan raya Madrid tuntut gencatan senjata di Gaza

FOTO AFP

MADRID, 12 Mei- Beribu-ribu penunjuk perasaan pro-Palestin berarak di Madrid pada Sabtu untuk menuntut gencatan senjata di Gaza.

Kira-kira 4,000, penunjuk perasaan mengangkat sepanduk dan papan tanda mengutuk 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza sambil memuji penentangan rakyat Palestin.

"Penduduk Palestin telah bersesak di selatan Gaza dan kini mereka dipindahkan sekali lagi dari satu tempat ke tempat lain sementara tiada lagi tempat selamat", kata Jaldia Abubakra, 57, merujuk kepada perintah pemindahan Israel di bandar Rafah.

Pelajar Sepanyol telah berkhemah secara aman di universiti di Madrid, Barcelona dan Valencia sejak kebelakangan ini, mencerminkan pergerakan kampus pro-Palestin yang serupa di seluruh Amerika Syarikat dan Eropah.

Awal minggu ini, universiti Sepanyol menyatakan kesediaan untuk menggantung hubungan dengan mana-mana institusi pendidikan Israel yang gagal menyatakan komitmen yang jelas terhadap keamanan.

Sepanyol adalah salah satu pengkritik Israel yang paling keras di Eropah dan mengetuai usaha untuk mengiktiraf negara Palestin.

Serangan Israel di Gaza telah menyebabkan sekurang-kurangnya 34,971 orang terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE