CAIRO, 11 Mei - Amir Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah mengeluarkan dekri membubarkan parlimen yang dipilih pada awal April pada Jumaat.
Amir juga menggantung beberapa artikel perlembagaan untuk tempoh tidak melebihi empat tahun dengan semua aspek proses demokrasi akan dikaji.
Kuasa Dewan Negara akan disandang oleh Amir dan kabinet negara, lapor TV kerajaan.
"Kuwait telah melalui beberapa masa sukar akhir-akhir ini... yang tidak meninggalkan ruang untuk teragak-agak atau kelewatan dalam membuat keputusan sukar untuk menyelamatkan negara dan menjamin kepentingan tertingginya," tambah Amir.
Sebagaimana titah baginda selepas pembubaran parlimen, Sheikh Mishal bertitah “tidak akan membenarkan demokrasi digunakan untuk memusnahkan negara.”
Pilihan raya awal Parlimen Kuwait telah diadakan pada 4 April untuk kali kelima dalam tempoh dua tahun berikutan konflik antara cabang eksekutif dan perundangan negara itu. - REUTERS