fb fb fb fb fb

New Zealand naikkan kadar faedah ke paras tertinggi tujuh tahun

(Dua orang berjalan ke arah pintu masuk Reserve Bank of New Zealand
yang terletak di ibu kota New Zealand, Wellington, 22 Mac 2016/REUTERS)

WELLINGTON, 5 Oktober- Bank pusat New Zealand mengumumkan kenaikan kadar faedah kelapan berturut-turut, menyebabkan kos pinjaman meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Reserve Bank of New Zealand yang meneruskan dasar yang dilaksanakan sejak 18 bulan lalu, hari ini mengumumkan satu lagi kenaikan 50 mata asas dalam kadar utamanya kepada 3.5% dan memberi amaran tentang lebih banyak kenaikan dalam usaha mengekang kenaikan inflasi.

Langkah itu diambil ketika bank pusat di Amerika Syarikat, Eropah dan rantau lain meningkatkan kadar bagi mengurangkan kenaikan inflasi yang mencetuskan kebimbangan tentang kemelesetan global yang berpanjangan.

Reserve Bank of New Zealand memberi amaran bahawa inflasi boleh meningkat melebihi kadar semasa, 7.3% yang sudah mencecah paras tertinggi 32 tahun.

Hari ini, kerajaan New Zealand juga mendedahkan kedudukan kewangan yang lebih baik daripada jangkaan dalam akaunnya hingga akhir Jun.

Peningkatan dalam hasil cukai dan pertumbuhan lebih perlahan dalam perbelanjaan mengakibatkan defisit NZ$9.7 bilion (AS$5.6 bilion), jauh lebih rendah daripada ramalan defisit NZ$19 bilion. -AFP

(NZ naikkan kadar faedah ke paras tertinggi tujuh tahun/REUTERS)

Media Baharu