fb fb fb fb fb

PBB gesa Colombia-ELN tamatkan konflik melalui dialog damai

(Pesuruhjaya Tinggi Keamanan Colombia Ivan Danilo Rueda Monsignor Hector Fabio Henao
dan pegawai Venezuela Carlos Martinez Mendoza/FOTO REUTERS)

VENEZUELA, 5 Oktober - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa kerajaan Colombia dan gerila Tentera Pembebasan Nasional (ELN) mengambil peluang untuk menamatkan konflik yang mengancam nyawa.

Melalui kenyataan dikeluarkan jurucakapnya Stephane Dujarric, beliau turut memuji keputusan kerajaan Colombia dan Tentera Pembebasan Kebangsaan untuk menyambung semula dialog damai yang diumumkan hari ini.

Guterres menggesa kedua-dua pihak merebut sepenuhnya peluang ini untuk menamatkan konflik yang telah berlarutan selama beberapa dekad dan resolusinya penting bagi meluaskan skop keamanan di negara itu.

(Komander Tentera Pembebasan Kebangsaan Nasional (ELN) Colombia Pablo Beltran,
Antonio Garcia dan Aureliano Carbonell, Pesuruhjaya Tinggi Keamanan Ivan Danilo Rueda,
Ahli Senat Ivan Cepeda dan Monsignor Hector Fabio Henao
menghadiri sidang akhbar, di Caracas, Venezuela semalam/FOTO REUTERS)

Beliau turut berharap rakyat Colombia dapat menunjukkan sekali lagi bahawa konflik yang sudah lama berakar umbi itu boleh diselesaikan melalui dialog.

Rundingan damai antara kerajaan Colombia dan ELN bermula pada 2017, tetapi terhenti pada Januari 2019 selepas kumpulan pemberontak itu melakukan serangan bom kereta yang mengorbankan lebih 20 orang. - REUTERS

Media Baharu