fb fb fb fb fb

New Zealand akan tutup Pasukan Kesihatan Maori

Foto fail masyarakat suku Maori/REUTERS

WELLINGTON, 27 Februari- Pasukan Kesihatan Maori New Zealand akan ditutup selewat-lewatnya pada 20 Jun ini, kata Menteri Kesihatan. Perkara itu berikutan kerajaan berhaluan kanan menarik balik dasar peribumi daripada kerajaan terdahulu.

Pihak Berkuasa Kesihatan Maori atau Te Aka Whai Ora, ditubuhkan pada 2022 untuk meningkatkan tahap kesihatan Maori yang ketinggalan daripada populasi New Zealand. Kira-kira 17 peratus masyarakat Maori di negara itu.

Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mula memegang jawatan itu pada Oktober dan berjanji untuk membatalkan dasar kerajaan terdahulu. Terutamanya yang mempromosikan penggunaan rasmi bahasa Maori dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup dan hak orang asli.

Tindakan tersebut dilihat oleh banyak kumpulan masyarakat peribumi sebagai menjejaskan hak dan status mereka serta telah mencetuskan bantahan.

Luxon berkata polisinya bertujuan untuk memberikan hak yang sama kepada semua warga New Zealand.

Sementara itu Menteri Kesihatan Shane Reti berkata, Pihak Berkuasa Kesihatan Maori akan diserap oleh sistem kesihatan negara.

Peranannya akan dipindahkan ke dalam sistem kesihatan awam selain mengekalkan kepakaran yang diperlukan untuk meningkatkan taraf kesihatan semua warga New Zealand termasuk Maori," kata Reti dalam satu kenyataan.

Langkah itu disyorkan oleh suruhanjaya tetap yang telah mendengar tuntutan daripada Maori sejak 1970-an dan mencadangkan pembetulan sekiranya perlu.

Ketua Eksekutif Kesihatan Maori Jacqui Harema berkata, Maori lebih tahu cara menjaga komuniti itu dan meningkatkan taraf kesihatannya, namun penutupannya membimbangkan.

"Maori tahu apa yang terbaik untuk mereka. Mereka perlu dapat biaya untuk mendapatkan penyelesaian sumber," kata Harema.

Harema mengambil contoh berkenaan suntikan vaksin COVID-19, komuniti itu dilihat mampu menyampaikan maklumat dengan lebih baik kerana mereka bekerja dalam kumpulan keluarga. Jadi ia agak mudah untuk dilaksanakan.

Kumpulan dan suku Maori menolak pembaharuan kerajaan kepada dasar orang asli dengan mengadakan protes di seluruh negara.

Tuntutan telah dikemukakan kepada Tribunal Waitangi berhubung rancangan penutupan itu, namun ianya masih belum dimuktamadkan sehingga proses pendengaran tribunal.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI