BUENOS AIRES, 27 Februari- Satu jenis selesema burung disahkan berada di Antartika buat kali pertama, kata saintis. Ia dijangka menjadi ancaman terhadap koloni penguin di wilayah selatan itu.
"Penemuan ini menunjukkan virus influenza burung telah sampai ke Antartika walaupun terdapat jarak dan halangan semula jadi yang memisahkannya daripada benua lain," kata Majlis Tinggi bagi Penyiasatan Saintifik (CSIC) Sepanyol pada Ahad.
Kehadiran virus itu disahkan pada Sabtu dalam sampel burung skua (sejenis camar) mati yang ditemui oleh saintis Argentina berhampiran pangkalan Antartika Primavera, tambah CSIC.
Kes itu disahkan berlaku di Antartika. Ia dipercayaai dibawa oleh kes di pulau-pulau berdekatan, termasuk penguin gentoo. Perkara itu disebabkan ia akan meningkatkan risiko kepada koloni di rantau ini kepada selesema burung H5N1 yang telah memusnahkan populasi burung di seluruh dunia sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
"Analisis secara konklusif menunjukkan bahawa burung itu dijangkiti H5N1 dan sekurang-kurangnya satu daripada burung yang mati mengandungi virus selesema burung," kata CSIC dalam satu kenyataan.
Institut Antartika Argentina pada Isnin berkata, institut itu bekerjasama dengan penyelidik Sepanyol untuk menguji sampel burung mati berkenaan dan mengesahkan kehadiran virus itu.
Kehadiran virus itu dalam koloni penguin di Antartika dikhuatiri akan menyebabkan penyebaran virus dengan lebih mudah.
Data penyelidikan itu disahkan Jawatankuasa Saintifik Penyelidikan Antartika.- REUTERS