fb fb fb fb fb

Tandas Terminal Haneda tersumbat, 11 jam tahan bau busuk

Lapangan Terbang Haneda

TOKYO, 28 November – Penumpang di Lapangan Terbang Haneda berdepan situasi memualkan pada Jumaat apabila 70 peratus tandas di Terminal 2 dilaporkan mengalami masalah tersumbat.

Jurucakap pengendali lapangan terbang mengesahkan bahawa sehingga tengah hari, 51 daripada 144 kemudahan tandas masih terjejas akibat masalah elektrik pada pam air yang membekalkan air ke tandas.

“Kami dimaklumkan sekitar pukul 5 pagi dan masalah itu mengambil 11 jam untuk dipulihkan,” katanya kepada AFP.

Beliau berkata air di singki masih berfungsi, namun banyak tandas terpaksa ditutup.

“Kakitangan kami mengarahkan penumpang ke tandas yang berfungsi, dan dalam beberapa kes, mereka terpaksa menggunakan baldi untuk membersihkan tandas selepas digunakan,” katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN