fb fb fb fb fb

Netanyahu beri lampu hijau serang Beirut dari bilik hotel

FOTO REUTERS

NEW YORK, 28 September- Pejabat Perdana Menteri Israel pada Jumaat menerbitkan satu foto yang menunjukkan Benjamin Netanyahu meluluskan serangan udara di Beirut dari bilik hotelnya di New York semasa lawatannya ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Serangan tersebut mengenai Beirut sejurus selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar dalam ucapannya di Perhimpunan PBB untuk meneruskan serangan Israel ke atas kumpulan Hezbollah.

Tentera Israel berkata mereka telah menyasarkan ibu pejabat pusat Hezbollah di pinggir selatan Beirut pada hari Jumaat.

Situasi itu nyata menyukarkan lagi usaha untuk gencatan senjata bagi menghalang peperangan besar-besaran di Asia Barat.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE