fb fb fb fb fb

NATO kutuk rancangan Iran bekal senjata kepada Rusia

(Menteri Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu (kanan) dan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg
(kiri) berucap pada sidang media di Istanbul, pada 3 Nov. 2022/AFP)

ISTANBUL, 4 November- Rancangan Iran untuk membekalkan senjata termasuk dron dan peluru berpandu balistik kepada Rusia untuk menentang Ukraine adalah "tidak boleh diterima",

Perkara itu ditegaskan, Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg.

Beliau berkata tiada negara yang harus memberikan sokongan kepada Rusia dalam peperangan menentang Ukraine.

"Kami melihat Iran menawarkan dron dan mempertimbangkan penghantaran peluru berpandu balistik ke Rusia," kata Stoltenberg pada sidang akhbar di Istanbul.

"Ini tidak boleh diterima. Tiada negara harus memberikan sokongan kepada Moscow dalam perang haram ini", katanya.


(Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg/AFP)

Kiev berkata kira-kira 400 dron Iran telah digunakan terhadap penduduk awam Ukraine, dan Moscow telah memesan sekitar 2,000 unit dron.

Kiev dan sekutunya di Barat menuduh Tehran membekalkan dron kepada Moscow.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut telah dinafikan oleh Iran.

Menurut Stoltenberg, Presiden Rusia Vladimir Putin gagal di Ukraine dan bertindak balas dengan lebih kejam.

"Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kami telah melihat berpuluh-puluh serangan dron dan peluru berpandu di seluruh Ukraine. Ini termasuk pada infrastruktur kritikal," tambahnya.

"Rusia dengan kejam dan sengaja menghalang orang awam Ukraine untuk pemanasan, air dan elektrik pada awal musim sejuk", kata Stoltenberg.-AFP

Media Baharu