fb fb fb fb fb

Nasihat kepanasan melampau dikeluarkan kepada 100 juta rakyat AS

(Seorang individu berehat daripada cuaca panas di First Congregational United Church of Christ pada
13 Julai 2023 di Phoenix, Arizona/AFP)

WASHINGTON, 14 Julai- Lebih 100 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) diberi amaran cuaca panas dengan nasihat kepanasan melampau oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan yang meramalkan keadaan berbahaya khususnya di Arizona, California, Nevada dan Texas.

Kawasan Phoenix di Arizona mencatatkan suhu melebihi 43 darjah Celcius selama 14 hari berturut-turut.

Musim panas baru bermula di Hemisfera Utara, namun gelombang panas yang 'kejam' sudah melanda negara itu dan beberapa negara Eropah termasuk Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Poland, serta China.

Agensi Angkasa Eropah meramalkan, suhu setinggi 48 darjah Celcius boleh melanda Eropah.

Satu kajian baru-baru ini menganggarkan lebih 61,000 orang mati akibat panas semasa musim panas yang memecahkan rekod Eropah tahun lepas. -AFP

(Gereja di Phoenix, Arizona membuka pintu, menyediakan air, makanan dan minuman untuk
penduduk mencari bantuan daripada cuaca panas/AFP)

Media Baharu