(Mayat Cherubin Okende ditemukan dalam kereta di Kinshasa, DR Congo/
Foto Twitter)
KINSHASA, 14 Julai- Timbalan Ketua Pembangkang Republik Demokratik (DR) Congo yang juga bekas menteri kerajaan, Cherubin Okende ditemukan mati dengan mayatnya penuh peluru di ibu negara, sini, semalam.
Okende, 61, yang merupakan ahli parti Moise Katumbi dilapor hilang pada Rabu selepas hadir di mahkamah perlembagaan di sini sebelum mayatnya ditemukan dalam sebuah kereta.
"Ia adalah pembunuhan politik. Mereka ingin membuat kita diam," kata jurucakap parti terbabit.
Sementara itu, Presiden DR Congo,Felix Tshisekedi berkata, kematian Okenda dalam keadaan tragis dan mengesa penyiasatan dijalankan bagi menghukum pihak bertanggungjawab atas perbuatan keji berkenaan.
Kesatuan Eropah (EU) juga memberi maklum balas atas insiden terbabit dengan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Okende.
Jurucakap Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell berkata, EU menyeru pihak berkuasa negara itu untuk menjelaskan keadaan pembunuhan tersebut dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
"Segala-galanya mesti dilakukan (siasatan) supaya pilihan raya dapat berkembang dalam suasana yang membolehkan mereka berdaya saing, aman, inklusif dan telus," katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, Okende dilapor akan bertanding dalam pilihan raya presiden pada Disember, menentang Tshisekedi yang memegang jawatan sejak Januari 2019.
Okenda meletak jawatan sebagai menteri pengangkutan pada Disember lalu bersama dua menteri lain bagi menyertai parti Moise Katumbi. -AFP
(Cherubin Okende/AFP)