TOKYO, 9 Januari - Satu daripada empat landasan di Lapangan Terbang Haneda dibuka semula selepas enam hari kejadian pelanggaran dua kapal terbang di negara itu pada 2 Januari lalu.
Dalam kejadian itu, semua 379 orang yang menaiki pesawat Airbus A350 Japan Airlines berjaya diselamatkan selepas pesawat dinaiki mereka berlanggar dengan pesawat pengawal pantai.
Bagaimanapun, lima daripada enam anak kapal pesawat yang lebih kecil itu terkorban.
Insiden itu menyebabkan kedua-dua pesawat terbakar dan ratusan penerbangan domestik dibatalkan.
Serpihan bangkai pesawat Japan Airlines juga sudah dibersihkan sepenuhnya.
Pihak berkuasa Jepun serta rakan sejawatnya dari Perancis, Britain dan Kanada sedang menyiasat kemalangan itu. - AFP