fb fb fb fb fb

Musk tiba di Bali, lancar Starlink petang ini

Ketibaan Elon Musk dibali disambut Menteri Penyelaras Maritim dan Pelaburan Luhut Binsar Pandjaitan / AFP

DENPASAR, 19 Mei- Jutawan teknologi Elon Musk tiba Bali di Indonesia pada Ahad untuk menghadiri majlis pelancaran perkhidmatan Starlinknya untuk meluaskan internet ke kawasan terpencil di negara itu.

Berjuta-juta orang di Indonesia, sebuah negara yang mempunyai lebih daripada 17,000 pulau, pada masa ini tidak tersambung dengan perkhidmatan internet yang boleh dipercayai.

Musk, yang membuat lawatan pertamanya ke negara Asia Tenggara itu, dijadualkan melancarkan Starlink bersama Presiden Joko Widodo di sebuah klinik di Denpasar petang ini.

Menteri Penyelaras Maritim dan Pelaburan Luhut Binsar Pandjaitan berkata Starlink "mempunyai keupayaan untuk sampai ke kawasan paling terpencil di Indonesia."

"Saya berpeluang menjemput Elon di lapangan terbang pagi ini dan kemudian membincangkan beberapa perkara agendanya semasa dia berada di sini," tulis menteri itu di akaun Instagram rasminya.

"Salah satu topik utama ialah pelancaran perkhidmatan internet Starlink."

Menurut Luhut, Musk juga akan berucap di Forum Air Sedunia yang kini diadakan di pulau peranginan itu.

Perkhidmatan Starlink akan diuji pada bulan ini di Nusantara, ibu negara baharu Indonesia di pulau Borneo, yang akan dibuka pada Ogos, menurut pegawai.

Kerajaan Indonesia sedang memindahkan ibu negara dari Jakarta.

Starlink sudah tersedia di Asia Tenggara di Malaysia dan Filipina.

Menggunakan rangkaian satelit orbit bumi rendah, Starlink boleh menyediakan internet ke lokasi terpencil atau kawasan yang mempunyai infrastruktur komunikasi biasa.

Menurut Bank Dunia, kira-kira dua pertiga daripada kira-kira 270 juta penduduk Indonesia mempunyai akses kepada internet setakat 2022.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE