fb fb fb fb fb

Ontario lapor kematian pertama akibat wabak campak dalam tempoh sedekad

Foto REUTERS

TORONTO, 19 Mei - Seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat wabak campak di Ontario, Kanada.

Kematian berkenaan merupakan kes pertama seumpama itu di negara berkenaan dalam tempoh lebih sedekad, lapor agensi kesihatan daerah.

Dalam satu kenyataan, pihak Kesihatan Awam Ontario (PHO) berkata kanak-kanak malang itu tidak dimasukkan ke hospital serta tidak menerima pemvaksinan bagi melindunginya daripada jangkitan virus pernafasan pada Khamis.

Namun, PHO tidak memperincikan masa dan lokasi kematian kanak-kanak berkenaan.

Sementara itu, bagi tempoh 1 Januari 2013 sehingga Rabu lepas, tiada sebarang kematian direkodkan berhubung penyakit campak.

Penyakit campak merupakan virus yang berjangkit melalui udara dan menjangkiti kanak-kanak di bawah usia lima tahun dan boleh dicegah melalui dua dos suntikan atau lebih vaksin.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menyalahkan sikap takut kepada vaksin yang semakin berkembang dalam kalangan rakyat sejak sedekad lalu di seluruh Amerika Utara dan dunia untuk beberapa wabak penyakit kanak-kanak sebagai punca kepada peningkatan semula penyakit campak.

"Nasihat terbaik saya kepada semua keluarga ialah mendengar nasihat doktor anda, berbincang dengan doktor anda tentang vaksinasi yang sesuai untuk anak-anak.

"Ini adalah tragedi yang tiada siapa mahu lihat. Saya tidak dapat bayangkan apa yang keluarga itu alami kini", kata Trudeau.

Pada Februari, WHO memberi amaran bahawa lebih separuh negara di dunia berisiko tinggi untuk wabak campak menjelang akhir tahun melainkan langkah pencegahan segera diambil.

Ontario, wilayah paling ramai penduduk di Kanada, telah melaporkan 22 kes campak setakat tahun ini, dengan sumber jangkitan dalam 15 dikaitkan dengan perjalanan, kata PHO. Ontario melaporkan kira-kira 101 kes antara 2013 dan 2023.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD