fb fb fb fb fb

Ceroboh Lapangan Terbang Jerman: Lapan Aktivis Alam Sekitar ditahan polis

Lapangan Terbang Munich/ Foto REUTERS

FRANKFURT, 19 Mei - Polis Jerman menahan lapan aktivis alam sekitar dipercayai menceroboh Lapangan terbang Munich pada Sabtu.

Tindakan aktivis berkenaan mengakibatkan penutupan terhadap lapangan terbang berkenaan selain menyebabkan 60 penerbangan dibatalkan ketika cuti hujung minggu.

Enam daripada lapan aktivis berkenaan melekatkan diri pada landasan penerbangan, kata jurucakap polis.

Jrucakap polis turut berkata keadaan di landasan penerbangan adalah terkawal dan dalam keadaan baik dengan kedua-dua landasan telah dibuka bagi aktiviti pelepasan dan ketibaan.

Kumpulan alam sekitar yang menggelar diri mereka sebagai 'Last Generation' sebelum ini pernah mengadakan protes sama berkata kumpulan tersebut mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa siri pencerobohan memuat naik foto di X menunjukkan beberapa ahli kumpulan di landasan kapal terbang dengan sepanduk protes.

Kumpulan itu kemudian berkata enam individu telah duduk di lapangan terbang pada 4:45 pagi waktu tempatan untuk menyekat pesawat, dan mengkritik Berlin kerana memberi subsidi kepada syarikat penerbangan berbanding kereta api.- REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD