fb fb fb fb fb

Muat naik imej AI sebagai Paus, Trump dikecam

Foto Reuters

WASHINGTON, 5 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, terima kecaman selepas memuat naik imej dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) menggambarkan dirinya sebagai Paus, menjelang perhimpunan kardinal minggu depan untuk memilih pemimpin baharu Gereja Katolik.

Trump yang bukan penganut Katolik menyiarkan imej berkenaan di platform Truth Social dan kemudian disiarkan semula oleh akaun rasmi White House di X.

Tindakan Presiden itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan penganut Katolik, terutamanya di New York.

Ada yang menyatakan rasa terkejut, ada yang tersinggung, tetapi yang lain menolak imej itu sebagai jenaka atau cubaan untuk menarik perhatian.

Jurucakap Vatican Matteo Bruni enggan mengulas mengenai imej itu semasa taklimat bersama wartawan mengenai proses pemilihan paus baharu, yang bermula pada 7 Mei.

Bekas Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi, turut mengecam tindakan Trump, dan menyifatkannya sebagai "menghina institusi dan memperolokkan kepercayaan".- Reuters

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN