fb fb fb fb fb

MU5735: Pasukan penyelamat guna dron dan alat imej thermal cari mangsa terselamat

(FOTO AFP)

WUZHOU, 25 Mac- Empat hari selepas nahas udara pesawat China Eastern Airlines, penerbangan MU5735 yang terjunam dari udara dan terhempas di kawasan pergunungan di selatan China, pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan sama ada kesemua 132 penumpang dan kru terbunuh atau ada yang terselamat.

Bagaimanapun, pasukan penyelamat telah menggunakan dron dan alat pengimejan thermal bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi nahas.

Setakat ini, punca nahas masih belum diketahui secara jelas, juga bagaimana nahas berlaku, selepas pesawat dilaporkan terjunam ribuan kaki dari kedudukan asal semasa pesawat terbang.

Semalam, pihak berkuasa mengesahkan lebih banyak mayat ditemukan di tapak nahas dan kerja menyelamat agak sukar disebabkan serpihan pesawat, juga barangan penumpang dan anak kapal bertaburan di satu kawasan membentuk seperti kawah, berlumpur serta agak luas.

(FOTO AFP)

"Kebanyakan serpihan pesawat ditemukan di satu kawasan tertumpu dalam radius kira-kira 30 meter dari titik hentaman utama," kata Zhu Tao dari pihak berkuasa penerbangan China kepada pemberita.

"Kedalaman dari kawasan permukaan mencecah sehingga kira-kira 20 meter."

Misi semalam turut fokus kepada kepada usaha mencari mangsa dan menyelamatkan nyawa.

“Kami menggunakan pengimejan haba dan pengesan hayat semasa proses pencarian. Kami juga menggunakan cara manual dan dron udara,” menurut pegawai pasukan bomba Guangxi, Huang Shangwu.

Sementara itu, pasukan penyiasat turut meneruskan usaha mencari sebuah lagi kotak hitam selepas sebuah perakam suara rosak sudah ditemui dan telah dihantar ke Beijing untuk dianalisis. – AFP

Media Baharu