fb fb fb fb fb

Misi Truss capai ekonomi cukai rendah, gaji dan pertumbuhan tinggi tetap diteruskan

(Perdana Menteri Britain, Liz Truss pada sidang media di Downing Street susulan pemecatan
Menteri Kewangan, Kwasi Kwarteng/ AFP)

LONDON, 15 Oktober - Misi Perdana Menteri Britain, Liz Truss untuk mencapai ekonomi cukai rendah, gaji tinggi dan pertumbuhan tinggi, tetap diteruskan.

Beliau bagaimana pun akan mengekalkan rancangan kerajaan terdahulu untuk menaikkan cukai keuntungan syarikat.

Truss menyatakannya dalam sidang media ringkas di Downing Street susulan pemecatan Menteri Kewangan, Kwasi Kwarteng.


(Perdana Menteri Britain, Liz Truss pada sidang media di Downing Street susulan pemecatan
Menteri Kewangan, Kwasi Kwarteng/ AFP)

Pemecatan itu menjadikan Kwarteng, Canselor Perbendaharaan kedua terpendek tempoh perkhidmatan dalam sejarah Britain.

Pergolakan kewangan tercetus selepas beliau mengumumkan bajet mini, memotong cukai pendapatan kelompok berpendapatan tertinggi dan merancang membiayai insentif itu melalui pinjaman bernilai berbilion Pound. -AFP

Media Baharu