fb fb fb fb fb

Banjir Nigeria: Lebih 500 orang terkorban, lebih 90,000 kediaman ditenggelami banjir

(Lebih 500 orang terkorban manakala lebih 90,000 kediaman di Nigeria ditenggelami air
akibat banjir yang melanda sejak Mei/ REUTERS)

KOGI, 15 Oktober - Sekurang-kurangnya lebih 500 orang terkorban, manakala lebih 90,000 kediaman di Nigeria ditenggelami air akibat banjir yang melanda sejak Mei.

Menurut Kementerian Hal Ehwal Kemanusiaan dan Pengurusan Bencana, banjir telah melanda 27 daripada 36 negeri dan kira-kira 1.4 juta penduduk terjejas.

Banjir turut menyebabkan penghantaran bekalan makanan dan bahan api tersekat.

Rakaman udara di ibu negeri, Lokoja, yang terletak di titik pertemuan sungai Niger dan Benue, menunjukkan rumah dan premis perniagaan ditenggelami air yang melanda bandar itu sejak berminggu-minggu.


(Lebih 500 orang terkorban manakala lebih 90,000 kediaman di Nigeria ditenggelami air
akibat banjir yang melanda sejak Mei/ REUTERS)

Ladang-ladang dan jalan raya turut ditenggelami banjir.

Pihak berkuasa Nigeria berkata banjir yang disebabkan oleh hujan yang lebih lebat daripada biasa sejak awal musim panas dan bertambah teruk selepas pelepasan air dari empangan Lagdo di negara jiran Cameroon.

Sejak Mei, pihak berkuasa Nigeria telah mengeluarkan amaran banjir buruk dengan skala bencana adalah besar kepada 32 daripada 36 negeri dan wilayah di negara itu. -REUTERS

Media Baharu