fb fb fb fb fb

Larangan memakai hijab di sekolah: Mahkamah Agung India tidak dapat capai kata sepakat

(FOTO REUTERS)

NEW DELHI, 15 Oktober - Mahkamah Agung India tidak dapat mencapai kata sepakat berhubung larangan memakai hijab di sekolah dan merujuk perkara itu kepada ketua hakim.

Tindakan tersebut sekali gus mencetuskan kekecohan dalam negara.

Larangan memakai hijab di sekolah-sekolah oleh wilayah Karnataka pada Februari lalu mencetus tunjuk perasaan oleh pelajar Muslim dan ibu bapa mereka.

Pelajar Hindu juga mengadakan tunjuk perasaan, meningkatkan lagi ketegangan ketika sebahagian masyarakat Muslim mendakwa dipinggirkan di bawah Perdana Menteri, Narendra Modi.


(Mahkamah Agung India/ REUTERS)

Hakim Mahkamah Agung Hemant Gupta, yang merupakan salah seorang daripada dua hakim dalam panel itu berkata, rayuan pembatalan larangan itu akan dikemukakan.

Seorang lagi panel hakim Sudhanshu Dhulia, berkata memakai tudung adalah "satu pilihan".

Ketua hakim negara akan menubuhkan sebuah panel yang lebih besar untuk mempertimbangkan kes tersebut.

Keputusan Mahkamah Agung itu akan ditetapkan di seluruh negara. -REUTERS

Media Baharu