TUNISIA, 27 April- Beribu-ribu pendatang di gurun Sahara telah berkumpul di Tunisia selama berbulan-bulan. Kumpulan itu tinggal di khemah sementara dan bertahan dengan makanan sebelum sampai ke Eropah.
Menurut Kementerian Sumber Manusia Tunisia, kira-kira 20,000 berada di kawasan terpencil berhampiran bandar El Amra dan Jebeniana. Lokasi itu kira-kira 30 dan 40 kilometer di utara bandar pelabuhan Sfax.
Sfax merupakan salah satu lokasi yang dijadikan pilihan utama Tunisia untuk ke Eropah menggunakan bot.
Selepas diusir secara paksa dari bandar pada musim luruh lalu, pendatang berkhemah di bandar-bandar jiran sambil menunggu peluang mereka memasuki negara jiran.
Seorang remaja berusia 17 tahun telah meninggalkan Guinea lebih setahun lalu, dengan harapan dapat sampai ke seberang Mediterranean. Dia melakukan penghijrahan "untuk memberi nafkah kepada ibu dan adik lelakinya yang sakit" di rumah.
Selepas berjalan selama tiga minggu dari sempadan dengan Algeria, dia tiba di El Amra kira-kira tiga bulan lalu.
"Ia benar-benar sukar di sini," katanya kepada AFP yang turut merasakan dia tersisih daripada kumpulan itu.
"Membeli-belah pun, saya kena buat secara rahsia.
"Boleh keluar mencari kerja, tetapi apabila tiba masanya majikan membayar upah, mereka akan menghubungi polis," katanya.
Selepas Presiden Tunisia Kais Saied berkata, "kemasukan pendatang asing tanpa izin" menimbulkan ancaman demografi kepada negara itu dan mencetuskan keganasan anti-migran. Beratus-ratus orang Afrika di gurun Sahara dihalau keluar dari pekerjaan dan rumah mereka.- AFP