fb fb fb fb fb

Korea Utara tuduh AS mempolitikkan isu hak asasi manusia

Duta Khas Amerika Syarikat mengenai Isu Hak Asasi Manusia Korea Utara, Julie Turner/REUTERS

SEOUL, 27 April- Korea Utara menuduh Amerika Syarikat (AS) mempolitikkan hak asasi manusia di negara Asia Timur itu selain mengecam provokasi dan konspirasi yang dilakukan.

Pyongyang akan melindungi kedaulatan dan keselamatannya sebagai tindak balas kepada Washington yang menggunakan hak asasi manusia sebagai alat untuk pencerobohan dan tingkah laku anti-Korea Utara, lapor media kerajaan KCNA.

Bagaimanapun jurucakap yang memetik berkenaan hak asasi manusia dalam pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata laporan tahunan minggu ini menggambarkan "isu penting hak asasi manusia" di Korea Utara.

Ia memetik laporan "pembunuhan sewenang-wenangnya atau menyalahi undang-undang. Ia termasuk pembunuhan di luar undang-undang; kehilangan secara paksa; penyeksaan atau layanan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan, atau merendahkan maruah oleh pihak berkuasa kerajaan".

Korea Utara juga mengkritik tindakan Amerika Syarikat yang menggesa negara itu untuk menghentikan pelancaran peluru berpandu dan roket kerana tindakan tersebut dikatakan melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), kata KCNA.

"Kami akan melaksanakan misi kritikal kami seperti yang dirancang untuk meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan negara," kata KCNA dalam satu kenyataan yang memetik jurucakap Pentadbiran Pembangunan Aeroangkasa Kebangsaan Korea Utara.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI