MANILA, 27 April- Filipina menafikan dakwaan China bahawa kedua-dua negara itu telah mencapai persetujuan berhubung pertikaian maritim berkenaan Laut China Selatan. Tuntutan itu disifatkan sebagai propaganda yang sengaja dicipta.
Jurucakap kedutaan China di Manila berkata, pada 18 April kedua-dua negara bersetuju untuk "model baharu" dalam menguruskan ketegangan di Second Thomas Shoal. Namun perkara itu tidak diulas dengan lebih lanjut.
Bagaimanapun Setiausaha Pertahanan Filipina Gilberto Teodoro berkata, jabatan itu "tidak mengetahui, dan juga tidak berpihak kepada, sebarang perjanjian dalaman dengan China," sejak Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr memegang jawatan itu pada 2022.
Namun kedutaan China di Manila tidak segera mengulas komen Teodoro.
Beijing dan Manila sering bertelagah dalam isu pertikaian Laut China Selatan.
Selain itu China turut menghalang pergerakan dan menembak meriam air ke arah kapal Filipina untuk menghantar bekalan kepada askarnya yang ditempatkan di kapal tentera laut yang Manila.
Teodoro turut menggelar dakwaan China berkenaan perjanjian dua hala itu sebagai "propaganda."
"Naratif yang disebarkan oleh pegawai China merupakan satu lagi percubaan kasar untuk menyebarkan berita palsu," katanya.- REUTERS