fb fb fb fb fb

Presiden Mexico sifatkan Omicron kurang bahaya

FOTO AFP

MEXICO CITY, 12 Januari - Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador memaklumkan pada Selasa, beliau berada dalam keadaan baik selepas dijangkiti COVID-19 buat kali kedua sambil menyatakan Omicron adalah varian yang kurang berbahaya.

"Saya berasa agak baik, jangan risau, saya bertuah kerana ini (Omicron) merupakan varian COVID-19 yang kurang bahaya berbanding Delta, saya mengalami sakit tekak, serak dan sedikit sakit badan," katanya dalam mesej video yang dimainkan dalam sidang media diketuai oleh Menteri Dalam Negeri, Adan Augusto Lopez semasa ketiadaannya.

Isnin lalu Lopez Obrador muncul di hadapan pengamal media tanpa memakai pelitup muka dengan keadaan suara serak.

Tindakan itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang menyifatkannya tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, beliau dilaporkan sembuh daripada jangkitan pertama COVID-19 pada awal tahun 2021.

Beliau telah menerima suntikan vaksin AstraZeneca dan melengkapkan dos penggalak pada 7 Disember lalu. -AFP

Media Baharu