fb fb fb fb fb

META bayar saman RM109.75 juta kepada Trump

Donald Trump mendakwa dirinya disekat oleh Facebook dan Instagram selepas insiden rusuhan di Capitol AS pada tahun 2021

WASHINGTON, 30 Januari - Syarikat teknologi gergasi Meta bersetuju membayar RM109.75 juta (AS$25 juta) kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bagi menyelesaikan saman yang difailkannya pada 2021.

Trump sebelum ini mendakwa dirinya disekat secara tidak adil oleh Facebook dan Instagram selepas insiden rusuhan di Capitol AS pada tahun yang sama.

Menurut laporan The Wall Street Journal, saman itu difailkan terhadap Meta dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg.

Penyelesaian saman itu dianggap sebagai kemenangan bagi Trump, yang sebelum ini mengkritik tindakan syarikat media sosial menggantung akaunnya susulan insiden tersebut.

Namun, kebelakangan ini, Trump dilihat semakin mendekati tokoh-tokoh teknologi, termasuk Mark Zuckerberg dan pemilik X (dahulu Twitter), Elon Musk. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN