fb fb fb fb fb

Mesir umum penemuan makam diraja purba di Luxor

(FOTO HIASAN)

KAHERAH, 15 Januari - Pihak berkuasa Mesir mengumumkan penemuan makam diraja purba yang berusia kira-kira 3,500 tahun di Luxor.

Makam itu telah digali oleh penyelidik Mesir dan British di tebing barat Sungai Nil di mana terletaknya Lembah Ratu dan Lembah Raja-raja yang terkenal.

(FOTO AFP)

"Elemen pertama yang ditemui setakat ini di dalam kubur itu seolah-olah menunjukkan bahawa ia bermula sejak dinasti ke-18" firaun Akhenaton dan Tutankhamun, kata ketua Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri dalam satu kenyataan.

Dinasti ke-18, sebahagian daripada tempoh sejarah Mesir yang dikenali sebagai Kerajaan Baru, berakhir pada 1292 SM dan dianggap antara tahun Mesir Purba yang paling makmur.

Piers Litherland dari University of Cambridge, ketua misi penyelidikan British, berkata makam itu mungkin seorang isteri diraja atau puteri keturunan Thutmosid.

Ahli arkeologi Mesir, Mohsen Kamel berkata bahagian dalam kubur itu berada 'dalam keadaan yang teruk'.

"Sebahagian daripadanya termasuk inskripsi telah dimusnahkan dalam banjir purba yang memenuhi ruang pengebumian dengan pasir dan sedimen batu kapur," kata Kamel.

Mesir telah mendedahkan beberapa penemuan arkeologi besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya di Nekropolis Saqqara di selatan ibu negara Kaherah.-AFP

Media Baharu