fb fb fb fb fb

McDonald's AS rancang pecat pekerja, tutup pejabat

(Foto AFP)

WASHINGTON, 4 April- McDonald's dilapor merancang mahu memecat pekerja korporat dan menutup sementara pejabatnya di Amerika Syarikat (AS).

Langkah yang dilaksana dipercayai sebahagian daripada pendekatan rasionalisasi syarikat.

Media tempatan melaporkan kakitangan korporat perlu bekerja dari rumah mulai Isnin hingga Rabu.

"Sepanjang minggu 3 April, kami akan menyampaikan keputusan penting berkaitan peranan dan jumlah kakitangan di seluruh organisasi," menurut syarikat itu.

Minggu lalu, pekerja McDonald’s diarah membatalkan semua pertemuan secara peribadi dengan vendor dan pihak luar di ibu pejabatnya.

Jumlah sebenar pekerja yang akan diberhentikan di bawah langkah penstrukturan semula syarikat masih belum dapat dipastikan. -AFP

(Foto AFP)

Media Baharu