fb fb fb fb fb

Empat maut dalam tembakan berkaitan dadah di pantai Mexico

(Pantai Riviera Maya terkenal sebagai lokasi pelancongan di Cancun / FOTO HIASAN)

MEXICO CITY, 4 April- Empat maut dalam satu kejadian tembakan yang membabitkan pengedar dadah di pantai sebuah resort di Cancun, Mexico.

Tragedi terbaharu itu berlaku ketika pelancong membanjiri pantai Riviera Maya semasa tempoh cuti Paskah.

Pegawai keselamatan di negeri Quintana Roo, Jose de la Pena, berkata pihak berkuasa telah menahan dua suspek, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah.

Mexico dilanda pertumpahan darah berkaitan kartel yang menyaksikan lebih 300,000 orang terbunuh sejak kerajaan mengerahkan tentera dalam perang melawan dadah pada 2006.

Walaupun Quintana Roo secara amnya dianggap lebih selamat daripada kebanyakan kawasan lain, terdapat peningkatan kes keganasan yang dikaitkan dengan pertempuran kumpulan kongsi gelap dan kartel dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mendorong pasukan keselamatan untuk meningkatkan rondaan.

Pada Oktober 2021, dua pelancong dari Jerman dan India terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara ahli kumpulan samseng di sebuah restoran di pusat peranginan Tulum.

Bulan berikutnya, dua pengedar dadah terbunuh dalam satu kejadian tembakan yang menyebabkan pelancong dengan pakaian renang melarikan diri dalam keadaan panik dari pantai berhampiran Cancun.-AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu