fb fb fb fb fb

Mayat mangsa amukan di pusat jagaan kanak-kanak dibedah siasat

UDON THANI, 7 Oktober- Mangsa yang maut dalam insiden amukan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak dibawa ke bilik mayat sebuah hospital di wilayah Udon Thani untuk proses bedah siasat.

Polis memaklumkan, kebanyakan kanak-kanak yang terkorban meninggal dunia di pusat jagaan di Uthai Sawan akibat ditikam.

"Julat umur kanak-kanak di pusat jagaan itu adalah antara dua hingga lima tahun," katanya.

(Ahli keluarga mangsa terlibat berkumpul untuk menunggu proses bedah siasat selesai / Foto REUTERS)

Ia merupakan salah satu insiden pembunuhan beramai-ramai terburuk di dunia membabitkan angka kematian kanak-kanak yang tinggi melibatkan seorang pembunuh.

Dalam kejadian tengah hari semalam, penyerang membunuh 37 orang termasuk 24 kanak-kanak di sebuah pusat asuhan.

Insiden berlaku ketika kebanyakan kanak-kanak sedang tidur.

Suspek kemudian menembak mati anak dan isterinya di rumah sebelum menembak diri sendiri.

Suspek dikenal pasti sebagai bekas anggota polis yang dipecat tahun lalu dan menghadapi perbicaraan atas pertuduhan dadah. -REUTERS

Media Baharu