fb fb fb fb fb

IMF gesa tindakan bersepadu tangani risiko kemelesetan ekonomi global

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 7 Oktober- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menggesa penggubal dasar global supaya mengambil tindakan bersepadu untuk mengelak 'normal baharu' yang berbahaya dan memberi amaran bahawa risiko kemelesetan di seluruh dunia didorong lebih tinggi oleh kejutan ekonomi yang berulang.

Dalam ucapan menjelang mesyuarat tahunan IMF minggu depan, Pengarah Urusannya Kristalina Georgieva berkata adalah penting untuk "menstabilkan ekonomi global dengan menangani segera cabaran" termasuk inflasi yang berleluasa.

Penggubal dasar perlu bertindak bersama untuk "mencegah tempoh kerapuhan yang semakin meningkat ini daripada menjadi 'normal baharu' yang berbahaya," kata Georgieva.

Beliau pada masa sama memberi amaran proses itu akan menyakitkan dan mengakui bahawa jika bank pusat bergerak terlalu agresif untuk mengurangkan tekanan harga, ia boleh mencetuskan kemelesetan ekonomi yang "berpanjangan".

Minggu depan, menteri-menteri kewangan dan gabenor bank pusat dari lebih 180 negara akan berkumpul di Washington untuk mesyuarat penuh pertama IMF dan Bank Dunia sejak 2019; sebelum pandemik COVID-19. -AFP

(Kristalina Georgieva membincangkan ekonomi global dan keutamaan dasar menjelang
Mesyuarat Tahunan 2022 di Sekolah Perkhidmatan Luar Universiti Georgetown/AFP)

Media Baharu